Search
Close this search box.
Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto, Bernama.

Parlimen: Peningkatan OPR Malaysia yang rendah antara punca utama Ringgit menurun

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Peningkatan OPR Malaysia yang lebih rendah merupakan antara punca utama nilai Ringgit menurun berbanding mata wang negara serantau lain.

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pergerakan Ringgit juga dipengaruhi pelbagai faktor dan kejatuhan nilainya kebelakangan ini didorong oleh pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan ketidaktentuan pertumbuhan ekonomi China.

“Faktor ini turut memberi kesan kepada mata wang serantau lain. Setakat 28 Februari 2024, nilai Ringgit telah menyusut 3.5 peratus berbanding dolar AS, sejajar dengan mata wang serantau seperti Yen Jepun (-6.3%), Baht Thailand (-4.7%) dan Won Korea (-3.3%),” katanya.

Parlimen: Kerajaan yakin Ringgit akan kukuh tahun ini

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (Pakatan Harapan – Bagan) yang ingin tahu faktor-faktor yang menyebabkan penurunan nilai Ringgit yang tidak mencerminkan petunjuk prestasi ekonomi negara yang menggalakkan.

Guan Eng juga ingin tahu apakah langkah-langkah kewangan yang boleh diambil oleh Bank Negara untuk menghindar Ringgit terus susut nilai.

Sementara itu, Amir Hamzah memaklumkan, sejak Mac 2022, bank pusat Amerika Syarikat telah menaikkan kadar faedah dengan mendadak dan agresif.

“Kadar dasar utama Amerika Syarikat yang mulanya berada dalam julat 0-0.25 peratus pada Mac 2022 telah pun dinaikkan sebanyak 525 mata asas kepada julat 5.25 peratus hingga 5.50 peratus dalam tempoh 16 bulan,” katanya.

Pada masa yang sama beliau memaklumkan, kadar dasar utama negara serantau seperti Thailand, Filipina, Indonesia, Korea Selatan dan India turut menyaksikan peningkatan sebanyak 200 ke 450 mata asas.

“Peningkatan OPR Malaysia pula hanyalah sebanyak 125 mata asas dari 1.75 peratus  ke 3.00 peratus bagi tempoh yang sama.

“Perbezaan ketara dalam kadar faedah dengan AS iaitu sebanyak 250 mata ini telah mendorong pelabur asing untuk mengalihkan modal keluar dari pasaran domestik ke pasaran yang memberikan pulangan lebih tinggi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan