Search
Close this search box.
Seramai 210,000 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mendaftar untuk membuat caruman melebihan kadar berkanun bagi caruman pekerja. Foto Bernama.

Parlimen: 210,000 ahli KWSP daftar buat caruman lebih tinggi

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 29 Feb: Seramai 210,000 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mendaftar untuk mencarum melebihi kadar berkanun.

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ahli yang bekerja dan mempunyai majikan yang berhasrat untuk mencarum melebihi 11 peratus itu boleh memohon berbuat demikian pada bila – bila masa.

“Selain itu,  ahli boleh menambah caruman dengan membuat caruman sukarela terhad kepada RM100,000 setahun.

“Pada tahun lepas, seramai 904,000 ahli telah membuat caruman sukarela dengan jumlah caruman sebanyak RM8.4 bilion,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Hassan Abdul Karim (Pakatan Harapan – Pasir Gudang) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan usaha kerajaan untuk mengatasi masalah 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun yang simpanan mereka untuk hari tua berada di bawah RM10,000.

Sementara itu, Amir Hamzah memaklumkan, terdapat pelbagai strategi dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan semula simpanan rakyat.

“Melalui Belanjawan 2024, kerajaan telah mengumumkan insentif khas sebanyak 15 peratus daripada jumlah caruman sehingga maksimum RM500 setahun bagi caruman padanan Kerajaan di bawah program i-Saraan tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup bagi seorang individu,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan turut memberikan insentif caruman padanan 50 peratus bagi setiap Ringgit yang dicarumkan ke dalam Skim KWSP oleh suri rumah di bawah umur 55 tahun yang berdaftar dalam pangkalan data e-Kasih di bawah program i-Suri.

“(Ini membolehkan mereka) untuk menerima insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 setiap individu tertakluk kepada insentif padanan maksimum sebanyak RM300 setahun,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan