Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah menyampaikan bantuan kebajikan kepada penerima selepas sidang media di Wisma Wanita Kuching di Kuching pada Khamis. Foto TVS

Lawatan JWKS ke Vietnam bagi pelajari kepimpinan wanita – Fatimah

KUCHING, 29 Feb: Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) bakal mengadakan lawatan ke Vietnam bagi mempelajari kepimpinan golongan wanita daripada negara itu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata program lawatan berkenaan telahpun mendapat kelulusan di peringkat Kabinet.

Menurutnya lawatan tersebut adalah salah satu inisiatif kepemimpinan wanita untuk meningkatkan daya saing wanita dalam pelbagai sektor seperti usahawan dan politik.

Fatimah memberitahu lawatan tersebut akan memberikan fokus dari segi dasar dan juga pelaksanaan program di Vietnam yang mampu melahirkan kepimpinan wanita yang ramai memandangkan peratusan wanita yang menjadi pemimpin dan berada di peringkat membuat keputusan masih lagi berada pada tahap yang rendah di Sarawak.

“Kita ada pakar perunding daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melihat kepimpinan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Sarawak.

“Jadi kalau dilihat secara umum senario di Sarawak, peratusan wanita yang menjadi pemimpin dan berada di peringkat membuat keputusan masih lagi rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Wanita Kuching di Kuching pada Khamis.

Sehingga tahun 2020, kepimpinan politik di Sarawak merekodkan seramai tujuh perwakilan daripada 82 kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak diduduki oleh wanita manakala di peringkat Parlimen Malaysia wanita menduduki lima daripada 32 kerusi bagi Sarawak.

Dalam perkembangan lain, Fatimah berkata menjelang sesi persekolahan yang bermula minggu depan, sebanyaki tiga buah keluarga di sini menerima bantuan kebajikan dari Pusat Sokongan Sosial Komuniti (CSSC) Kuching.

Menurut Fatimah bantuan berkenaan berupa wang tunai, lampin pakai buang dan bantuan makanan sebagai pemangkin semangat agar anak-anak dari keluarga tersebut bersemangat untuk meneruskan pelajaran mereka.

Katanya, memiliki kelulusan akademik yang tinggi penting untuk bersaing dalam dunia sebenar.

“Kalau tak nampak minta duduk di hadapan dan untuk Elisha, kami mahu anda teruskan pelajaran dengan adik yang bersekolah di SMK Tapang.

“Dalam keluarga kita susah macam mana pun, anak jangan disuruh berhenti mesti sekolah sampei hujung sebab itu harta anak anak kita agar dapat membantu kita lah bila mereka dapat kerja nanti,” jelasnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan