Search
Close this search box.
Peserta turut dilatih teknik membawa pesakit dengan betul ketika menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran dala bangunan. Foto BBP Kapit

Kakitangan hospital, ‘frontliner’ harus ketahui asas kebombaan

KAPIT, 29 Feb: Kakitangan hospital yang berada di barisan hadapan harus memiliki pengetahuan berkaitan kemahiran asas sistem kebombaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit Timoty Barat berkata, dengan adanya pengetahuan tambahan itu mereka boleh bertindak pantas selain mengenal pasti risiko kebakaran ditempat kerja.

“Ia penting bagi mereka dalam menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran terutamanya mengenai teknik pengungsian bangunan dan menyelamatkan pesakit apabila berlaku sebarang kemungkinan kebakaran,” katannya ketika dihubungi TVS hari ini.

Terdahulu, Timoty mendedahkan seramai 45 orang kakitangan Hospital Kapit menyertai Kursus Asas Keselamatan Kebakaran untuk memperoleh kemahiran kebombaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran di sini pada Selasa lepas.

“Pengisian slot ceramah meliputi Pengenalan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Emergency Respone Team (ERT), Pengungsian Bangunan, Kaedah Mengangkat Mangsa dan Praktikal Menyelamatkan Mangsa,” ujarnya.

Menurutnya, kursus asas keselamatan kebakaran tersebut merupakan anjuran pihak pihak Hospital Kapit dengan kerjasama BBP Kapit.

Tambahnya, para peserta telah diberikan pendedahan dan latihan berkaitan keselamatan kebakaran di bangunan dan kaedah-kaedah membawa pesakit dengan selamat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan