Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi semasa mesyuarat SDEC, SAINS dan Huawei di Barcelona, hari ini. Foto MUT

SDEC, SAINS meterai MoU dengan Huawei bangun bandar pintar dan rapat jurang digital

KUCHING, 28 Feb: Membangunkan bandar pintar dan merapatkan jurang digital di Sarawak antara matlamat pemeteraian dua memorandum persefahaman (MoU) yang disaksikan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi.

Menurutnya, MoU itu ditandatangani antara Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Sarawak Information System (SAINS) dengan Huawei Technology (M) Sdn Bhd.

“MoU antara SAINS dan Huawei bertujuan untuk bekerjasama dalam bidang yang penting seperti bandar pintar dan infrastruktur digital.

“Perkongsian itu juga diharap akan dapat memanfaatkan teknologi terkini Huawei dalam usaha memacu Sarawak ke arah inovasi bandar pintar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

MoU antara SDEC dan Huawei pula memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan infrastruktur digital dan kesinambungan digital di Sarawak.

“Kerjasama ini bertujuan untuk memanfaatkan teknologi termaju Huawei untuk merapatkan jurang digital, memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan persekitaran inklusif digital untuk semua,” ujarnya.

Dua MoU itu dimeterai pada Mobile World Congress Barcelona 2024 (MWC2024) di Sepanyol yang bermula semalam.

Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) melancarkan Ruai Sarawak pada kongres berkenaan untuk mempamerkan inisiatif ekonomi digital Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan