Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom semasa sidang media sempena kunjungan hormat daripada Dato Dr Abdul Manaf Metussin. Foto TVS

Pertanian jitu tingkatkan kualiti dan kuantiti produk pertanian

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 28 Feb: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) berminat mempelajari kaedah pelaksanaan pertanian jitu sejajar dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti produk pertanian.

Menterinya, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata pertanian jitu juga diharap dapat merealisasikan matlamat Sarawak untuk menjadi pengekport makanan bersih pada 2030.

“Sarawak juga perlu meningkatkan pengeluaran padi melalui pertanian jitu bagi mencapai sasaran tahap sara diri beras (SSL) 60 peratus menjelang 2030 sebagai jaminan sekuriti makanan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan Brunei Dato Dr Abdul Manaf Metussin dan delegasinya di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau akan melawat Brunei esok bagi melihat cara pelaksanaan pertanian jitu.

“Saya juga diberitahu bahawa mereka telah pun berjaya dan kaedah itu akan digunapakai di sini. Tambahan pula, kami mempunyai kumpulan Sartec (Taman Agroteknologi Sarawak) untuk tujuan ini sekali meningkatkan pengeluaran padi,” ujarnya.

Sebelum ini, kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan RM90 juta bagi membina tiga taman pertanian jitu di Rampangi, Kuching, Sungai Sibiew, Bintulu dan Kabuluh, Miri.

Projek berkenaan sedang dalam peringkat perancangan dan pembinaan dijangka akan bermula suku pertama tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan