Search
Close this search box.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul berkata, kursus secara uji cuba itu dijangka akan dapat melahirkan penuai kelapa sawit profesional sekali gus mengatasi kekurangan tenaga kerja sektor berkenaan. Foto Envato.

Parlimen: Penuai kelapa sawit ‘lulusan’ TVET mampu raih gaji RM3,500

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Penuai kelapa sawit yang mengikuti Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dijangka mampu meraih pendapatan mencecah RM3,500 sebulan.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, kursus secara uji cuba itu dilaksanakan bertujuan untuk melahirkan penuai kelapa sawit profesional.

Kata beliau, ini sekali gus dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja sektor berkenaan.

“Seramai 60 orang telah dikenal pasti untuk dilatih dalam kumpulan pertama kursus yang akan bermula pada April hingga September tahun ini.

“Kita (kerajaan) hendak bawa anak tempatan yang tidak dapat melanjutkan pelajaran untuk sertai kursus ini (yang antara lain) melatih mereka untuk memetih buah kelapa sawit (secara profesional),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Johari berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohd Shahar Abdullah (Barisan Nasional – Paya Besar) yang ingin tahu jumlah hasil minyak kelapa sawit kasar (CPO) dan hasil minyak inti sawit kasar (CPKO) serta kepenggunaan mengikut negeri dan daerah sejak 2013 hingga 2023.

Berkenaan isu kekurangan tenaga kerja sektor berkenaan, Johari berkata, industri peladangan sawit di Malaysia menghadapi cabaran serius berikutan kekurangan 40,000 pekerja dalam operasi harian dan produktiviti.

“Kekurangan pekerja itu boleh diterjemahkan kepada kerugian nilai eksport sawit RM7.9 billion setahun,” katanya.

Sementara itu, Johari berkata CPO negara bagi tempoh 2013 hingga 2023 mencatatkan purata 19.07 juta metrik tan setiap tahun manakala CPKO mencecah 2.2 juta metrik tan.

“Eksport minyak sawit mentah dan diproses pula mencapai 184.27 juta tan pada 2013 hingga 2023.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 155 juta tan dikirim melalui penghantaran pukal dengan purata kira-kira 14 juta tan setahun,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 29.24 juta metrik tan atau purata 2.66 juta metrik tan setiap tahun dieksport melalui penghantaran bukan pukal.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan