Search
Close this search box.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan perlaksanaan beberapa insentif baharu bagi mengekalkan dan menarik lebih ramai pegawai perubatan berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Foto hiasan Envato.

Parlimen: Gaji permulaan pegawai perubatan kontrak UD41 dinaikkan kepada RM5,197

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan perlaksanaan beberapa insentif baharu bagi mengekalkan dan menarik lebih ramai pegawai perubatan berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, antara insentif utama yang diperkenalkan adalah peningkatan gaji permulaan kepada RM5,197 bagi pegawai perubatan kontrak gred UD41 lantikan baharu.

“Ini jauh lebih tinggi daripada skim-skim perkhidmatan awam yang lain termasuklah PTD (Pegawai Tadbir Dan Diplomatik),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Dr. Alias Razak (Perikatan Nasional – Kuala Nerus) yang ingin tahu perancangan jangka pendek dan jangka panjang KKM bagi menarik minat graduan perubatan untuk kekal berkhidmat dalam kesihatan awam negara susulan tindakan kerajaan menghapuskan skim pencen penjawat awam.

Berdasarkan portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), gaji permulaan minimum pegawai perubatan UD41 ialah sebanyak RM2,947 dengan gaji maksimum RM9,656 serta kenaikan tahunan RM225.

Tambahnya, langkah ini disertai dengan komitmen untuk meningkatkan pelantikan tetap di mana sebanyak 9,822 pelantikan tetap telah dilakukan sejak 2019 hingga 2023.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, KKM dijangka akan melakukan 6,000 lantikan tetap jawatan dalam kementerian itu bagi tahun ini dan tahun depan.

“Selain peningkatan gaji, insentif bagi tugas on-call juga diperkenalkan di mana panggilan aktif diberi elaun antara RM200 hingga RM220, panggilan pasif pula antara RM80 hingga RM130, manakala kadar yang lebih tinggi diberikan kepada pakar untuk panggilan aktif dan pasif,” tambahanya.

Beliau turut memaklumkan sidang Parlimen, kerajaan juga bersetuju untuk pembayaran insentif kritikal RM750, elaun pembedahan RM80 sejam dan mengikut lokasi penempatan mereka akan mendapat RM500 sehingga RM1,500 iaitu 10 peratus daripada gaji pokok untuk insentif pedalaman.

Dzulkefly menambah, Kementerian Kesihatan juga menawarkan peluang pengajian dalam bidang kepakaran perubatan dengan kemudahan cuti belajar yang disertai dengan gaji penuh, serta Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan