Search
Close this search box.
Dalam tempoh 1 Januari hingga 19 Februari 2024, sebanyak 186 kes jenayah indeks dicatatkan berbanding 88 kes bagi tempoh sama pada 2023. Foto hiasan Envato

Daerah Kuching catat peningkatan kes jenayah indeks

KUCHING, 28 Feb: Kes jenayah indeks di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bagi 1 Januari hingga 19 Februari 2024 meningkat 111 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata untuk tempoh itu pada tahun ini sebanyak 186 kes dicatatkan berbanding 88 kes pada 2023 – peningkatan 98 kes.

“Tiga kes jenayah penyumbang terbesar di daerah Kuching dalam tempoh kajian iaitu, samun atau rompak telah menurun kepada tiga kes bersamaan 33 peratus pada 2023 iaitu sembilan kes manakala pada 2024 sebanyak enam kes,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kes jenayah pecah rumah pula meningkat secara drastik kepada 20 kes bersamaan 153 peratus pada 2023 iaitu 13 kes manakala pada 2024 sebanyak 33 kes.

Jenayah lejang (curi kenderaan) meningkat kepada 12 kes bersamaan 36 peratus pada 2023 iaitu 33 kes manakala pada 2024 sebanyak 45 kes.

Kes jenayah non-indeks juga meningkat dari 102 pada tahun 2023 kepada 156 kes, menunjukkan peningkatan 54 kes bersamaan 53 peratus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan