Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah berkata Sambutan Hari Wanita 2024 Peringkat Negeri Sarawak bakal diadakan pada 4 Mei di Sibu. Foto fail TVS

‘Sarawak Women in Innovation and Technology’ tema Hari Wanita Sarawak

SIBU, 27 Feb: Bertemakan Sarawak Women in Innovation and Technology, Sambutan Hari Wanita 2024 Peringkat Negeri Sarawak bakal diadakan pada 4 Mei ini di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Sibu.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata menerusi tema ini, penganjurannya akan mempamerkan sumbangan wanita dalam bidang inovasi dan teknologi.

“Kita juga hendak berkongsi dengan hadirin tentang apa yang sedang berlaku di Sarawak khususnya dalam bidang inovasi and teknologi.

“Pada masa yang sama, kita hendak tunjukkan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi dan jabatan,” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Wanita 2024 di sini, hari ini.

Sambutan tersebut dijangka dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Sebuah buku terbitan Jabatan Wanita Keluarga Sarawak (JWKS) akan dilancarkan dengan tajuk ‘Sarawak Women in Innovation and Technology’ pada hari berkenaan.

Jelasnya lagi, enam anugerah akan disampaikan pada sambutan kali ini iaitu Anugerah Datuk Patinggi Laila Taib, Anugerah Premier Sarawak Kepimpinan Wanita, Anugerah Premier Sarawak Keusahawanan Wanita, Anugerah Premier Sarawak Penggiat Sosial Wanita, Anugerah Premier Sarawak Pencapaian Khas dan Anugerah Premier Sarawak NGO Cemerlang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan