Search
Close this search box.
Delegasi Sarawak diketuai Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi yang menghadiri pelancaran Ruai Sarawak pada Kongres Dunia Mudah Alih 2024 (MWC24) di Barcelona, Sepanyol. Foto Julaihi Narawi (FB)

Ruai Sarawak pamer inisiatif Ekonomi Digital di Sepanyol

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 27 Feb: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) melancarkan Ruai Sarawak pada Kongres Dunia Mudah Alih 2024 (MWC24) di Barcelona, Sepanyol, dalam usaha mempamerkan inisiatif Ekonomi Digital negeri ini.

Menterinya, Dato Sri Julaihi Narawi yang mengetuai delegasi Sarawak ke sana memaklumkan, pelancaran Ruai Sarawak atau gerai Sarawak ini menonjolkan komitmen untuk memacu inovasi dan memupuk pertumbuhan dalam landskap digital.

Delegasi Sarawak diketuai Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi yang menghadiri pelancaran Ruai Sarawak pada Kongres Dunia Mudah Alih 2024 (MWC24) di Barcelona, Sepanyol. Foto Julaihi Narawi (FB)

“Pada masa yang sama, Ruai Sarawak berfungsi sebagai platform untuk mempromosikan peluang pelaburan sejajar dengan agenda digital Sarawak,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Menurut beliau, Sarawak menyasarkan untuk meletakkan dirinya sebagai pemain utama dalam ekosistem teknologi mudah alih di Malaysia dan di peringkat global dengan memberi tumpuan kepada inisiatif digital dan penyelesaian mampan.

Sehubungan dengan itu, kata beliau, kehadiran Sarawak di MWC24 menekankan komitmen negeri ini untuk memacu inovasi dan memanfaatkan teknologi dalam menangani cabaran dan peluang era digital.

Ia juga penting bahawa rancangan dan inisiatif pembangunan Sarawak dapat dilihat di peringkat global, tambahnya.

Tambah beliau lagi, tahun ini delegasi Sarawak menyasarkan untuk meneroka penyelesaian alternatif dan strategi antara rangkaian untuk merangsang pertumbuhan ekosistem digital dan telekomunikasi dalam MWC24.

“Dengan mendapatkan pandangan tentang teknologi dan inovasi terkini, serta melibatkan diri dengan peneraju industri, delegasi Sarawak menyasarkan untuk menjalin kerjasama yang akan meningkatkan transformasi digital di Sarawak yang sejajar dengan salah satu pemboleh ke arah pertumbuhan ekonomi,” katanya.

MWC Barcelona ialah acara terbesar dan paling berpengaruh dalam sektor ketersambungan dan komunikasi mudah alih.

Persidangan tahunan ini disertai oleh profesional dan pemain industri dari pelbagai status berkaitan ketersambungan, inovasi digital, dan teknologi bagi mempamerkan teknologi terkini dalam sektor telekomunikasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan