Search
Close this search box.
Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (enam, kanan) bergambar dengan sebahagian wakil media selepas menyampaikan anugerah pada Malam Penghargaan Media Pelabuhan Bintulu di Kuching malam ini. Foto Bernama

Pelabuhan Bintulu sasar jadi pelabuhan tenaga hijau terulung

KUCHING, 27 Feb: Pelabuhan Bintulu, pelabuhan kontena utama di Sarawak berhasrat untuk menjadi pelabuhan tenaga hijau terulung bagi memenuhi keperluan dunia dalam bidang tenaga hijau dan bersih.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Bhd Ruslan Abdul Ghani berkata aspirasi itu selaras dengan visi Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menjadikan Sarawak sebagai pusat kuasa ekonomi dan peneraju pengeluaran tenaga hijau dan bersih di Malaysia.

“Kami menyedari dengan mempunyai infrastruktur yang kukuh, terutamanya pelabuhan yang cekap dan dikendalikan dengan baik, akan menjadi kunci dalam mencapai visi ini,” katanya pada Malam Penghargaan Media Pelabuhan Bintulu di sini, malam ini.

Majlis itu turut dihadiri Pengerusi Bintulu Port Holdings, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki yang juga Setiausaha Kerajaan Sarawak.​

Ruslan berkata walaupun Pelabuhan Bintulu adalah pelabuhan bersepadu yang bukan sahaja untuk mengeksport gas asli cecair (LNG), ia dilengkapi dengan terminal eksport LNG terbesar di Asia Timur.

“Terminal kontena terbesar di Malaysia Timur, (dengan volum yang lebih besar) daripada semua kontena yang dikendalikan oleh sejumlah lapan pelabuhan di Sabah digabungkan.

“Ia adalah pelabuhan eksport utama produk minyak sawit untuk Sarawak, menyumbang 95 peratus daripada eksportnya pada kira-kira empat juta tan setahun dan kami berada di kedudukan ketiga di seluruh Malaysia yang berjumlah kira-kira 50 juta tan setahun,” katanya.

Beliau berkata dari segi nilai berbanding kos produk, Pelabuhan Bintulu boleh menjadi nombor satu, terutamanya disebabkan kehadiran kira-kira 450 kapal LNG yang digunakan mengangkut gas untuk tujuan eksport setiap tahun.

“Gabungan Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Samalaju mampu mengendalikan produk bernilai hampir setengah trilion ringgit setahun,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan