Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching ketika sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sempena Sidang Dewan Rakyat hari ini. Foto Bernama.

Parlimen: TikTok, Facebook tidak ikut arahan kerajaan turunkan kandungan

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Pengendali platform TikTok, Facebook dan X (dahulunya dikenali sebagai Twitter) memiliki garis panduan tersendiri sebelum bersetuju terhadap permintaan kerajaan menurunkan sesuatu kandungan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, sekiranya terdapat kandungan di media sosial yang dipadamkan selepas mendapat permintaan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), ini bermaksud mereka bersetuju dengan penilaian kerajaan.

Jelas Nie Ching, selepas menerima laporan mengenai kandungan berita palsu, SKMM akan membuat permohonan kepada pengendali berkenaan.

“Akhirnya mereka (sendiri yang) akan buat keputusan sama ada setuju atau tidak untuk menurunkan kandungan berkenaan.

“Sebenarnya ada permintaan (menurunkan kandungan oleh) kerajaan yang ditolak oleh mereka,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Nie Ching menjawab pertanyaan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas – Muar) yang ingin tahu sama ada kerajaan mengarahkan pengendali platform berkenaan menurunkan kandungan yang mengkritik kerajaan di media sosial.

Sementara itu, ketika menjawab soalan Dato Sri Doris Sophia Brodie (Gabungan Parti Sarawak – Sri Aman) Nie Ching memaklumkan, Kementerian Komunikasi melalui jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa komited dalam memerangi penyebaran kandungan palsu di media sosial bagi menjamin keharmonian.

Jelas beliau, antara usaha yang diambil termasuklah menguatkuasakan undang undang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat palsu.

“Hasilnya bagi tempoh 1 Januari 2023 hingga 15 Februari 2024, sebanyak 6,168 kandungan yang tidak ditentusahkan telah diturunkan oleh penyedia platform.

“MCMC juga bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menubuhkan Pasukan Petugas Siasatan bagi memastikan siasatan kes yang membabitkan penyebaran maklumat palsu dilaksanakan dengan segera dan kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Tambah beliau, bagi tempoh 1 Disember 2022 sehingga 31 Disember 2023, sebanyak 861 berita yang tidak ditentukan kesahihannya yang menyentuh institusi diraja, agama dan perkauman termasuk melibatkan Perdana Menteri serta anggota pentadbiran telah dikenal pasti.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan