Search
Close this search box.
Gambar arkib menunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan meninjau klinik kesihatan di Baram yang mengalami masalah. Foto TVS.

Parlimen: Sarawak perlu autonomi kesihatan, selesaikan masalah klinik daif

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kuasa autonomi perlu diturunkan kepada Kerajaan Sarawak bagi menyelesaikan isu klinik kesihatan daif di wilayah berkenaan.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, di Sarawak sebanyak 77 peratus Klinik Kesihatan berada dalam keadaan uzur.

Kata beliau ini bermakna sebanyak 209 buah klinik kesihatan daripada keseluruhah 271 buah di seluruh Sarawak memerlukan perhatian segera untuk dibaiki.

“Penambahbaikan (pula) hanya terhad kepada infrastruktur kritikal klinik (selain) peningkatan mekanikal dan elektrikal manakala penambahan keluasan, menggantikan infrastruktur kayu kepada bangunan konkrit tidak dapat dilakukan kerana kekangan bajet.

“Berdasarkan belanjawan yang diperuntukkan, masih terdapat sebanyak 66.4 peratus fasiliti kesihatan di Sarawak perlu diberi perhatian,” katanya.

Rodiyah berkata demikian ketika membacakan Ucapan Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong Sempena Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rodiyah berkata, keperluan fasiliti kesihatan di setiap negeri berbeza disebabkan faktor geografi, keluasan kawasan serta sosioekonomi.

“Seperti juga isu fasiliti kesihatan di Sarawak, masih ada daerah yang tidak mempunyai klinik dan poliklinik walaupun mempunyai hospital.

“Perkara ini tidak dapat diterjemahkan melalui sistem kesihatan yang berpusat,” katanya.

Berdasarkan faktor berkenaan kata Rodiyah, beliau melihat perlunya autonomi oleh Kerajaan Sarawak untuk menyelesaikan masalah ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan