Search
Close this search box.
Mesyuarat NACCOL pada 20 Mac ini akan membincangkan cadangan pengecualian kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap bil air dan elektrik, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto hiasan, Envanto.

Parlimen: NACCOL akan bincang pengecualian kenaikan SST air, elektrik

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan memperhalusi cadangan pengecualian kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap bil air dan elektrik, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata pertimbangan itu dibuat berdasarkan kenaikan SST sebanyak dua peratus mulai Jumaat ini.

Jelas beliau terdapat satu kertas khusus dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri dua minggu lepas untuk melihat kesannya.

“Perkara ini akan dibawa untuk kajian pada Mesyuarat NACCOL yang berlangsung pada 20 Mac ini untuk pertimbangan selanjutnya,” katanya.

Armizan berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (Barisan Nasional-Ayer Hitam) berhubung cadangan mengecualikan kenaikan SST ke atas bil air dan elektrik di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, melalui Belanjawan 2024 mengumumkan beberapa reformasi pencukaian yang akan dilaksanakan tahun depan termasuk menaikkan kadar SST daripada enam ke lapan peratus.

Kenaikan itu tidak melibatkan perkhidmatan makanan, minuman dan telekomunikasi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan