Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan kebergantungan tinggi kepada barang makanan import merupakan faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan. Foto hiasan Envato.

Parlimen: Kerajaan berdepan cabaran dalaman, luaran tangani kos sara hidup

ByRadzi Ahmad

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kerajaan berdepan cabaran dalaman dan luaran dalam usaha menangani isu kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat, kata Datuk Armizan Mohd. Ali.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, kebergantungan tinggi kepada import barang makanan merupakan antara faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh kerajaan.

Parlimen: MINDEF teliti calon berwibawa isi kekosongan jawatan utama di LTAT

Katanya, ini berikutan isu geopolitik serta dasar domestik yang dilaksanakan oleh negara pengeksport.

“India sebagai contoh ketika ini mengurangkan eksport makanan malah ada (barangan) yang mereka hentikan terus eksport,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Armizan menjawab soalan Dr Richard Rapu (Gabungan Parti Sarawak – Betong) yang ingin tahu cabaran sebenar dihadapi kerajaan untuk menangani kos sara hidup dan apakah kerajaan mempunyai strategi jangka panjang berhubung perkara itu.

Berhubung faktor dalaman pula, Armizan berkata, perlaksanaan subsidi pukal sebelum ini menyebabkan berlaku ketirisan dan seterusnya ‘menghadkan’ ruang fiskal kerajaan untuk membantu rakyat.

Tambah beliau, timbul juga persoalan sama ada harga barang terlalu tinggi atau pendapatan rakyat yang kurang.

“Semalam titah Tuanku (Sultan Ibrahim) yang kaitkan perlunya penyelarasan subsidi, cabaran paling penting, ruang fiskal, dana kerajaan untuk membolehkan kita memberi bantuan,” katanya.

Menurut Armizan, sekiranya kerajaan mempunyai ruang fiskal yang besar, langkah intervensi dan mitigasi dapat dilakukan untuk selesaikan isu berkenaan.

Pada masa sama kata beliau, pelan jangka panjang yang lain termasuklah dasar gaji minima, dasar gaji progresif dan pemberian subsidi bersasar melalui Sistem Pangkalan Utama (PADU).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan