Search
Close this search box.
Dr Abdul Rahman ketika melawat tapak projek Dataran Bandar Limbang yang lewat penyiapannya. Foto: TVS

Kontraktor diarah siapkan Projek Dataran Bandar Limbang selewat-lewatnya April ini

LIMBANG, 27 Feb: Kontraktor pelaksana projek Dataran Bandar Limbang diarah menyegerakan penyiapan projek sakit berkenaan selewat-lewatnya April ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata projek itu menyediakan lebih 300 lot parkir kereta selain membina kawasan rekreasi bagi kanak-kanak dan orang dewasa serta tapak Tamu Khamis dan Jumaat.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah menjelaskan Dataran Bandar Limbang juga akan menempatkan kemudahan padang bola sepak, kawasan riadah seperti joging dan sebagainya serta kemudahan lot parkir kereta.

“Projek ini terlewatlah dan kita telahpun mengarahkan kontraktor supaya mempercepatkan dan kontraktor telahpun memberi komitmen utk menyiapkannya pada selewat-lewat 15 April pada tahun ini.

“Dengan kemudahan-kemudahan ini, Limbang mempunyai prasarana yang agak baik untuk ekonomi,”jelasnya ketika ditemui media pada lawatan ke tapak projek di sini, hari ini.

Jelasnya selain Projek Dataran Bandar Limbang, Limbang juga mempunyai kemudahan lain seperti Lapangan Rekreasi Limbang, Tebingan Sungai Limbang, Anjung Usahawan serta kemudahan lain untuk meningkat dan memacu ekonomi penduduk.

Terdahulu pada lawatan ke tapak Pesta Badudun dan Lumba Kerbau di Kampung Lubuk Piasau, beliau berkata sejumlah RM250,000 telah diperuntukkan di bawah Program Tranformasi Luar Bandar untuk menaiktaraf padang dan gelanggang futsal di kampung itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan