Search
Close this search box.
‘Hujung Minggu Seni Kita: Kongxi Raya’ mempamerkan kepelbagaian unik budaya Melayu dan Cina melalui beberapa siri persembahan kebudayaan. Foto HAUS KCH

‘Kongxi Raya’ ketengahkan budaya menerusi perayaan, memeriahkan hujung minggu anda

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 27 Feb: HAUS KCH, hab kreatif di Kuching, akan menganjurkan ‘Seni Kita Weekend: Kongxi Raya’ dari 2 hingga 3 Mac di Kompleks Mahkamah Lama, di sini.

HAUS KCH dalam satu kenyataan hari ini berkata acara itu akan mengetengahkan dua perayaan – Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

“Konsep ‘Kongxi Raya’ merangkumi kepentingan pelbagai budaya dan perayaan tempatan, di samping menonjolkan perpaduan yang dipupuk oleh seni dan masyarakat.

“HAUS KCH akan mempamerkan kepelbagaian unik budaya Melayu dan Cina melalui beberapa siri persembahan kebudayaan dan demonstrasi sepanjang hujung minggu.

“Ini termasuk persembahan tarian tradisional Cina, demonstrasi membuat lemang dan demonstrasi kek lapis,” kata kenyataan itu.

Penyelaras program berkenaan, Christy Yang berkata pihaknya sangat teruja untuk kembali dengan siri hujung minggu yang menarik untuk komuniti kreatif tempatan.

“Ini adalah perayaan bertema pertama kami yang menggalakkan gabungan elemen berbeza melalui seni, barangan buatan tangan, makanan, minuman dan banyak lagi,” katanya.

Seni Kita Weekend ialah festival seni yang dipacu komuniti yang dimulakan oleh HAUS KCH pada Julai 2022.

Ditubuhkan pada 2016, HAUS KCH ialah hab kreatif yang terletak di City Square, Kuching.

Ia didedikasikan untuk menyokong dan memperkasakan individu dan organisasi kreatif akar umbi melalui program kerjasama dan ruang kongsi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found