Search
Close this search box.
Datuk Dr Hazland Abang Hipni berucap semasa Majlis Penutupan Persidangan Peralihan Tenaga Borneo 2024 di Kuching, hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Kerjasama sektor pembiayaan realisasi impian Sarawak teraju tenaga hijau

ByAmirah Shawel

KUCHING, 27 Feb: Sokongan sektor pembiayaan memainkan peranan penting dalam merealisasikan usaha Kerajaan Sarawak untuk menerajui industri tenaga hijau negeri ini.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata kerjasama berterusan membolehkan Sarawak untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi Bumi Kenyalang.

“Sarawak memiliki penyelesaian semula jadi dan teknikal untuk mengurangkan kesan perubahan iklim dan pemanasan global, sekurang-kurangnya di kawasan ini.

“Saya mesti menekankan peranan penting sektor pembiayaan dalam menterjemahkan objektif kami menjadi realiti,” katanya berucap semasa Majlis Penutupan Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024 di sini, hari ini.

Menerusi persidangan itu, Kerajaan Sarawak di bawah Hab Hidrogen Sarawak telah menjalinkan kerjasama dengan pemain-pemain industri dalam usaha memanfaatkan sepenuhnya potensi sumber tenaga baharu.

Antaranya adalah dengan Samsung Engineering, Lotte Chemical, Korea National Oil Corporation (KNOC) dan Sarawak Metro. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan