Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah (tengah) berkata rakan strategik Kenyalang Gold Card kini berjumlah 471 premis di seluruh Sarawak. - TVS

Kenyalang Gold Card kini memiliki 471 rakan strategik seluruh Sarawak

SARIKEI, 27 Feb: Rakan strategik Kenyalang Gold Card (KGC) di seluruh Sarawak kini berjumlah 471 premis, sekali gus membolehkan pemegang kad berkenaan mempunyai lebih banyak pilihan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata yang terkini pasar raya Selamart turut menjadi rakan strategik yang ke-32 di Bahagian Sarikei.

Kenyalang Gold Card | Inisiatif Pertiwiku

Menurutnya, 16,605 KGC yang diagihkan menyediakan pelbagai keistimewaan seperti potongan harga barangan keperluan kepada penerimanya di bahagian ini bermula tahun 2020 sehingga 31 Disember tahun lalu.

“KGC kini mempunyai sebanyak 31 rakan strategik di seluruh Sarikei dan jumlah bertambah kepada 32 dengan penyertaan Selamart sebagai rakan strategik KGC yang baharu,” katanya ketika menyempurnakan majlis penyampaian plak KGC kepada rakan strategik KGC – SELAMART, hari ini.

Beliau berkata, usaha kini sedang giat dilaksanakan bagi membolehkan lebih banyak premis di negeri ini menerima penggunaan KGC sekali gus memudahkan pemilik kad itu menggunakannya untuk mendapatkan keperluan harian.

Tambahnya, kad itu juga dilengkapi dengan Bantuan Ihsan Kematian (BIK) yang merupakan pemberian kepada waris pemegang kad yang meninggal bagi menanggung kos pengebumian berjumlah RM3,000.

“Sambutannya berbeza-beza, ada yang datang sendiri kepada pihak kita untuk menyatakan mereka bersedia menjadi rakan strategik KGC, malah ada yang belum tahu tentang kad ini.

“Justeru, tugas ambassador (duta) KGC turun padang untuk menerangkannya kepada pemilik premis selain menawarkan mereka untuk menjadi rakan strategik,” katanya.

Untuk rekod, sejak 2020 sehingga 31 disember 2023 sejumlah 1,368 permohonan BIK telah diluluskan dan melibatkan perbelanjaan sebanyak 4.1 juta ringgit bagi bahagian Sarikei. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan