Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat melakukan pencarian mangsa tanah runtuh di wilayah Luwu, Sulawesi Selatan. Foto BNPB

4 terkorban, 10 cedera ditimbus tanah runtuh di Sulawesi Selatan

ByTVS

JAKARTA, 27 Feb: Sekurang-kurangnya empat orang terkorban dan 10 lainnya cedera akibat ditimbus tanah runtuh yang melanda sebatang jalan di wilayah Luwu, Sulawesi Selatan semalam.

Selain itu, tanah runtuh itu turut menimbus sekurang-kurangnya 15 motosikal dan dua kereta, dengan jalan tertimbus kira-kira 100 meter.

Menurut jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia Abdul Muhari, kejadian tanah runtuh itu berlaku selepas hujan intensiti tinggi di wilayah itu sehingga mencetuskan pergerakan tanah di tepi bukit.

“Berdasarkan laporan pihak kami di sana, tanah runtuh itu berlaku di bahagian tebing dengan struktur tanah yang tidak stabil dan bahan tanah runtuh dari tepi bukit menghempap ​​pemandu kenderaan yang sedang melintas jalan,” katanya.

Sehingga kini, pasukan bersama masih berusaha mencari mangsa yang tertimbus di lokasi kejadian.

Pihak BNPB juga merayu penduduk supaya sentiasa berwaspada dengan potensi kejadian tanah runtuh susulan memandangkan hujan masih kerap turun di kawasan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan