Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Poster Festival Filem Kenyalang (FFK) anjuran Universiti Curtin Malaysia. Foto Universiti Curtin Malaysia

Universiti Curtin Malaysia anjur Festival Filem Kenyalang 23-24 Mei ini

MIRI, 26 Feb: Universiti Curtin Malaysia akan menganjurkan Festival Filem Kenyalang (FFK) untuk kali kedua dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINASSarawak, TV Sarawak (TVS) dan Freedom Film Network pada 23 dan 24 Mei tahun ini bersempena dengan ulang tahun universiti itu yang ke-25.

FFK diterajui oleh sekumpulan pelajar Sarjana Muda Komunikasi dari Jabatan Media dan Komunikasi di bawah nama Kumpulan M-Project untuk menginspirasi dan memperkasakan bakat filem muda, selain memupuk penglibatan dan kerjasama kreatif antara industri media dan masyarakat tempatan.

Ketua Jabatan Media dan Komunikasi universiti berkenaan, Dr Ngu Ik Ying berkata, FFK mempamerkan usaha Curtin Malaysia untuk mempromosikan kandungan dari Borneo dan melibatkan diri dengan komuniti kreatif tempatan.

“Kami berhasrat untuk mempromosikan Curtin Malaysia sebagai hab kreatif di Sarawak Utara dan Borneo untuk memupuk kerjasama yang memenangi anugerah. Kemuncak festival tahun ini ialah peluang untuk penonton tempatan melihat penyertaan pelajar dari kampus global Universiti Curtin, serta pembentangan penyelidikan kreatif oleh ahli akademik kita.

“Acara ini akan menyediakan ruang untuk penyelidikan dan menggalakkan penciptaan estetik dalam karya ilmiah dan seni,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya,pihak mereka juga meneroka cara yang berbeza untuk menganjurkan festival filem yang dapat memberi manfaat kepada pelajar, sarjana dan masyarakat tempatan dengan menggabungkan kritikan teori dengan pengeluaran dan ekspresi kreatif.

“Festival ini akan terdiri daripada tiga kategori iaitu Pelajar (sekolah menengah/universiti), Terbuka (pembuat filem awam/aspirasi), dan Khas (penyelidik kreatif).

“Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia serta pemastautin yang belajar dan bekerja di Malaysia,” ujarnya.

Penggemar filem dan penyelidik kreatif boleh menghantar filem pendek dan dokumentari mereka dengan kandungan mengenai Sarawak atau Borneo ke FFK sehingga 31 Mac 2024 dan mendaftar dengan mengisi Borang Penyerahan di https://bit.ly/KenyalangFilmFest.

Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FFK, boleh mengikuti Instagram @mprojectcurtinmalaysia atau menghubungi pengerusinya Skyler Goh di +60168763373.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan