Search
Close this search box.
SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE) memeterai Perjanjian Dasar Induk (HOA) dengan Gentari Sdn Bhd di hari pertama Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024. Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

SEDC Energy, Gentari Hydrogen meterai HoA untuk Hab H2 di Bintulu

ByAdlina Rahman

KUCHING, 26 Feb: SEDC Energy Sdn Bhd (SEDCE) memeterai perjanjian induk (HoA) dengan Gentari Hydrogen Sdn Bhd bagi membangunkan hab pengeluaran hidrogen (Hab H2) di Bintulu, Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutif SEDCE, Robert Hardin berkata, HoA tersebut bakal menyaksikan pengurusan bersama hab pengeluaran hidrogen itu untuk kemudahan hiliran selain memantau semua projek pengeluaran hidrogen mereka di rantau ini.

Kata beliau, perkongsian strategik SEDCE dengan Gentari Hydrigen Sdn Bhd untuk Hab H2 akan menjadi usaha yang penting kerana akan memacu lebih banyak pembangunan dan menarik pelaburan baharu terutamanya dalam sektor tenaga baharu.

“Hidrogen bakal memainkan peranan dalam peralihan tenaga.Seperti yang diketengahkan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), Sarawak berperanan dalam memajukan sektor tenaga baharu dan ia perlu diberikan perhatian,” katanya.

HoA berkenaan dimeterai pada hari pertama Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC) 2024.

Turut hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Pegawai Hidrogen Gentari Michèle Azalbert.

Sementara itu Robert berkata, HoA berkenaan juga selaras dengan pendekatan SEDCE untuk bekerjasama dengan dengan pemain industri antarabangsa dan tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan