Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan pertukaran dokumen pada majlis perasmian Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC2024). Foto Ahmad Nasrullah (TVS)

Hab hidrogen Sarawak dijangka siap menjelang 2027 – Abang Johari

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 26 Feb: Hab hidrogen Sarawak dijangka siap menjelang tahun 2027 yang membolehkan negeri ini mempunyai loji menghasilkan hidrogen dengan kerjasama negara luar seperti Korea yang bertindak sebagai pengguna kepada pengeluaran hidrogen, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Selain itu, kita menggunakan hidrogen untuk tujuan domestik, kita mahu menyimpan 7,000 tan hidrogen untuk kegunaan domestik.

“Hidrogen ini kemudiannya akan menjadi tenaga untuk industri yang mempunyai pangkalan di Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Persidangan Peralihan Tenaga Borneo (BETC2024) di sebuah  hôtel di sini, hari ini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengakui bahawa kos teknologi yang mahal merupakan salah satu cabaran dalam usaha negeri ini menghasilkan hidrogen.

Namun, beliau memaklumkan bahawa Kerajaan Sarawak mengambil langkah berani dengan mengambil risiko agar kos tersebut dapat diatasi seiring peredaran waktu dan kemajuan teknologi.

“Itulah sebabnya kerajaan mengambil langkah berani untuk menghasilkan hidrogen, kita mempunyai banyak cawangan menghasilkan hidrogen.

“Walaupun kosnya tinggi, kita ambil risiko dengan mengubah pengangkutan awam kita iaitu ART, yang pertama di rantau ini menggunakan hidrogen sebagai pengangkutan awam,” tambahnya.

Abang Johari turut menyaksikan tiga sesi pertukaran dokumen iaitu antara SEDC Energy melalui Sarawak Hydrogen Hub Head Agreement (HOA) bersama Gentari Sdn Bhd, Joint Development Agreement (JDA) bersama Samsung Engineering dan SEDC Energy bersama Sarawak Metro berkaitan Pelan Hidrogen Rembus.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC), Datuk Jamaludin Nasir dan Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy, Robert Hardin.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan