Search
Close this search box.
Antara peserta yang memeriahkan sukaneka cuti sekolah anjuran Saberkas, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Semop.- Pusat Khidmat DUN Semop.

Sukaneka cuti sekolah, perkukuh kerjasama anak muda dan masyarakat desa

DARO, 25 Feb: Lebih 3,600 kanak-kanak dan ibu bapa memeriahkan sukaneka sempena cuti sekolah anjuran Saberkas, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Semop.

Penganjuran program sejak 17 Februari lalu itu diadakan di 24 lokasi berbeza dengan melibatkan penyertaan golongan belia, penduduk kampung dan rumah panjang.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata, program bertujuan menyediakan aktiviti riadah untuk kanak-kanak di kawasan luar bandar Dewan Undangan Negeri (DUN) Semop yang sedang bercuti di samping merapatkan silaturahim dalam kalangan ibu bapa dan guru.

“Kita mengambil inisiatif ini kerana tidak semua kanak-kanak khususnya di pedalaman berpeluang bercuti dan melancong bersama ibu bapa terutama ketika sekolah cuti panjang.

“Selain kekangan kewangan, ada dalam kalangan ibu bapa terpaksa mencari rezeki dan tidak dapat meninggalkan pekerjaan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdullah yang juga Ahli DUN Semop berkata, memahami keadaan itu, penganjur dengan kerjasama PIBG meneruskan penganjuran sukaneka itu, sama seperti tahun lepas.

Sepanjang penganjuran katanya, program berjalan dengan lancar di samping mendapat kerjasama yang cukup baik pelbagai pihak termasuk sukarelawan belia.

“Penyertaan aktif warga muda desa dalam membantu penganjuran aktiviti sosial ini juga bertujuan merapatkan persefahaman dan kerjasama komuniti setempat.

“Ia juga sebagai wadah memperkasakan peranan belia dalam urusan kebajikan dan aktiviti sosial di setiap kampung dan rumah panjang,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan