Search
Close this search box.
Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) di Sri Aman kini menawarkan 10 kursus pendek untuk manfaat penduduk di bahagian itu. Foto, Sarawak Skills (FB)

Sarawak Skills Sri Aman tawar 10 kursus pendek

KUCHING, 25 Feb: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) di Sri Aman kini menawarkan 10 kursus pendek untuk manfaat penduduk di bahagian itu.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Institusi Pembelajaran Sarawak Skills, Hallman Sabri berkata kursus yang bermula pada 19 Februari itu merangkumi latihan dalam pendawaian elektrik asas, pembaikan dan penyelenggaraan komputer serta Microsoft Word, Excel dan PowerPoint.

“Sarawak Skills Sri Aman juga merancang untuk menawarkan pelbagai program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) seperti Sistem Komputer dan Rangkaian, Elektrik dan Perladangan pada separuh kedua tahun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hallman yang juga Pengerusi Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) berkata Sarawak Skills sangat berbangga dengan usaha bersama kerajaan dan industri bagi membangunkan modal insan negeri dan negara.

“Sememangnya kami berterima kasih atas sokongan padu daripada Kerajaan Sarawak dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) atas kemudahan penubuhan pusat pembelajaran baharu dan memupuk pelbagai inisiatif pembangunan bakat di kawasan ini.

“Program berkenaan akan memberi sumbangan besar terhadap sokongan transformasi enam sektor ekonomi utama Sarawak (enjin utama pertumbuhan) selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS) Sarawak,” katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman Facebook Sarawak Skills Sri Aman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan