Search
Close this search box.
Datuk Dr Hazland Abang Hipni dan Dato Sri Fatimah Abdullah hadir pada Majlis Penangguhan Program Sarawak Kita Empun 2.0 anjuran Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB di sini hari ini. Foto, TVS.

MA63: Sarawak dapat kuasa penuh kawalan alam sekitar

KUCHING, 25 Feb: Kawalan alam sekitar di Sarawak kini terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni berkata, kelulusan untuk mengambil alih kuasa dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diperolehi sejak tahun lalu.

Sehubungan itu kata Hazland, kakitangan JAS Sarawak akan diserapkan di bawah NREB pada Ogos ini.

“Kita telah berbincang dengan Kerajaan Persekutuan dan berjaya mendapat kuasa ke atas kawalan alam sekitar.

“Seramai 160 kakitangan akan diserapkan kepada NREB Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Program Sarawak Kita Empun 2.0 anjuran Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama Pergerakan Wanita PBB Cawangan Demak Laut di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Mengulas lanjut, Hazland berkata perkembangan berkenaan menunjukan bahawa perjuangan Sarawak menuntut hak berdasarkan MA63 telah berjaya.

Menyentuh mengenai Pergerakan Wanita PBB cawangannya, Hazland berkata, pergerakan wanita PBB Demak Laut dianggap sebagai tulang belakang kepada kejayaan PBB dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) meraih kemenangan menyeluruh pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan