Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyampaikan Anugerah Ikon Gemilang Alumni UNIMAS kepada Syed Muhammad Hamdi Syed Ahmad, alumni Fakulti Kejuruteraan. Foto TVS

UNIMAS tuan rumah Konvensyen Usahawan Alumni Universiti Awam 2024

KOTA SAMARAHAN, 24 Feb: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bakal menjadi tuan rumah bagi Konvensyen Usahawan Alumni Universiti Awam (UA) yang akan berlansung pada hujung tahun ini.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Ahmad Hata Rasit berkata, penganjuran program seumpama itu membuktikan alumni setiap universiti sebagai pemegang warisan yang akan melestarikan universiti terlibat.

Katanya, menerusi program-program alumni yang bakal dilaksanakan ia akan membantu dalam menghidupkan kembali ikatan yang membawa setiap alumni bersama sebagai keluarga besar sesebuah universiti.

“Saya percaya, program sebeginilah yang membuktikan bahawa kita, sebagai pemegang warisan universiti ini, dapat berkumpul untuk merayakan dan menghargai pencapaian dan usaha, membangkitkan semangat kebersamaan, dan mengukuhkan janji untuk terus bersatu padu.

“Mari kita padukan tenaga, pengalaman, dan semangat kita demi menjadikan program ini sebagai cahaya inspirasi bagi generasi masa depan UNIMAS,” katanya ketika berucap pada Malam Anugerah Ikon Alumni UNIMAS 2023 di sini, malam tadi.

Majlis anugerah tersebut yang kedua dianjurkan untuk alumni UNIMAS dengan dua kategori baharu diperkenalkan iaitu Anugerah Ikon Istimewa Alumni UNIMAS yang terbuka kepada alumni yang kelainan upaya dan Anugerah Ikon Muda Harapan Alumni UNIMAS dengan setiap fakulti akan memenangi satu pencalonan anugerah.

Manakala Anugerah Ikon Gemilang Alumni UNIMAS akan menjadi anugerah yang tertinggi antara 10 kategori ikon yang dianugerahkan kepada Syed Muhammad Hamdi Syed Ahmad, alumni Fakulti Kejuruteraan bagi tahun 2017. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan