Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam. Foto TVS

SeDidik bantu tangani keciciran persekolahan peringkat awal

KUCHING, 24 Feb: SeDidik membantu menangani masalah keciciran persekolahan awal kanak-kanak khasnya di Sarawak melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menyelesaikan isu terbabit.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam berkata, kewujudan SeDidik telah membuka peluang untuk ibu bapa mempunyai pilihan yang banyak bagi menghantar anak-anak mereka memulakan langkah dalam pendidikan.

“Kita cuba lakukan yang terbaik seawal mereka yang berusia lima tahun ke atas dengan SeDidik adalah salah satu peluang untuk mereka hantar anak mereka supaya tidak tercicir seawal usia lima hingga ke enam tahun,” katanya ketika ditemui media selepas perasmian SeDidik Team Building 2024 di sebuah restoran di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas itu berkata, Taska dan Tadika SeDidik berupaya menjadi pesaing kepada insititusi pendidikan awal kanak-kanak yang lain kerana memiliki kualiti pendidikan yang melebihi standard minima, sebanyak 95 peratus guru-guru di institusi SeDidik memiliki kelulusan diploma hingga ijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak setakat ini.

“Saya yakin dengan kelulusan serta kepimpinan yang ada pada warga SeDidik, mereka mampu memberi saingan yang hebat kapada institusi yang lain, secara pribadinya saya sebagai seorang bekas guru juga saya pernah mengajar sekolah menengah dan sekolah rendah.

“Saya melihat SeDidik sebagai satu institusi pendidikan awal kanak-kanak yang boleh menjadi saingan kepada institusi-institusi pendidikan  yang lain,” katanya.

SeDidik sebelum ini yang merupakan salah satu institusi pendidikan awal kanak-kanak swasta telah diambil alih oleh Kerajaan Sarawak pada Julai 2020.- TVS

 

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan