Search
Close this search box.
Bung Rentak Peercussion, antara artis tempatan yang membuat persembahan pada konsert Chap Goh Mei 2024 malam ini. Foto Alex Teo (TVS)

Konsert Chap Goh Mei platform rai kepelbagaian budaya, bakat tempatan

KUCHING, 24 Feb: Konsert Chap Goh Mei 2024 anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dilihat mampu jadi platform dalam meraikan kepelbagaian budaya masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Bertemakan ‘Sambutan Tradisi dan Perpaduan’, konsert yang memasuki tahun kedua itu menampilkan 15 artis tempatan dan antarabangsa mempersembahkan muzik tradisional hingga persembahan kontemporari.

Turut hadir memeriahkan konsert tersebut ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng.

Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Dato Wee Hong Seng bergambar bersama salah seorang artis. Foto Alex Teo (TVS)

Selain mempamerkan kekayaan kebudayaan warisan dan tradisi Cina, konsert itu turut menjadi wadah mempromosikan bakat tempatan di samping memupuk persaingan yang sihat.

Bermula jam 7 hingga 11 malam di pentas terapung Teater MBKS, kemasukan adalah percuma dan sesi ‘lucky draw’ dalam bentuk angpau diberikan kepada pengunjung yang bertuah pada malam ini.

Antara barisan artis yang membuat persembahan pada konsert Chap Goh Mei 2024, malam ini. Foto Alex Teo (TVS)

Konsert diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang memukau, menambah keseronokan dan tontonan pada sambutan itu.

Antara yang memainkan peranan penting dalam menjayakan konsert ini ialah TVS sebagai penyiar rasmi, TEA FM rakan radio rasmi, penaja Kuching Love Book Association, 38 Yayasan Amal Cinta, Imperial Hotel Kuching, Tay Motors, dan Skyram Enterprise. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan