Search
Close this search box.
Mayat anggota bomba, Mohd Izwan Illias, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 5.32 petang di Sungai Perai berdekatan Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang di Butterworth hari ini. Foto TVS

Mayat anggota bomba lemas ditemukan kurang 19 jam

BUTTERWORTH, 23 Feb: Mayat anggota bomba yang dilaporkan hilang di Sungai Perai ketika melakukan penyelenggaraan bot di Pangkalan Marin Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang di sini semalam ditemukan hari ini dalam tempoh kurang-kurang 19 jam.

Mayat Mohd Izwan Illias, 42, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth itu dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 5.32 petang.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 20 meter dari radius dia dilaporkan terjatuh oleh anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9).

“Skop pencarian telah dikecilkan daripada satu kilometer (km) ke hilir dan setengah km ke hulu kepada 300 meter (m) dan 100 m.

“Pengecilan radius dibuat apabila dua ekor anjing dari Unit K9 menunjukkan tanda-tanda pengesanan dalam radius 50 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai terjatuh,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Kata beliau, pihaknya menklasifikasikan kes yang menimpa Allahyarham Mohd Izwan sebagai kematian ketika menjalankan tugas rasmi dan satu majlis istiadat penghormatan terakhir jenazah akan dilaksanakan di Kampung Pekan Darat, Penaga di sini sejurus proses bedah siasat di Hospital Seberang Jaya selesai.

Sementara itu, bapa mangsa, Illias Othman, 77, menzahirkan kesyukuran dan berterima kasih kepada semua pihak apabila mayat anak ketiga daripada enam beradik itu dijumpai dengan segera.

Terdahulu, media melaporkan, seorang anggota bomba dikhuatirii lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Perai semasa melakukan kerja penyelenggaraan bot bersama seorang lagi rakan pada kira-kira 10.10 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan