Search
Close this search box.
Kementerian Pengangkutan pada dasarnya bersetuju membenarkan syarikat penerbangan mengenakan bayaran tambahan bagi menampung pelepasan karbon mereka. Foto hiasan Envato.

Kerajaan setuju secara dasar benarkan syarikat penerbangan kenakan caj pelepasan karbon

ByBernama

PUTRAJAYA, 23 Feb: Kementerian Pengangkutan pada dasarnya bersetuju membenarkan syarikat penerbangan mengenakan bayaran tambahan bagi menampung pelepasan karbon mereka.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata syarikat penerbangan tertentu akan menggunakan bayaran tambahan itu bagi membeli bahan api penerbangan mampan (SAF), manakala yang lain akan membayar kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon mereka.

“Sudah tentu Malaysia juga akan mengambil langkah-langkah tertentu, namun ia tidak diwajibkan untuk semua syarikat penerbangan,” kata Loke kepada pemberita selepas program ‘Sua Kasih MADANI’ kementerian di sini hari ini.

Beliau mengulas sama ada Malaysia akan mengikut langkah Singapura yang mengenakan levi bahan api hijau ke atas penerbangan mulai 2026.

Setakat ini syarikat penerbangan di negara ini digalak menerapkan penggunaan SAF, namun ia melibatkan kos tertentu.

“Beberapa syarikat penerbangan telah menghubungi kementerian untuk meminta kebenaran membuat pindaan tertentu bagi levi karbon, tetapi itu tidak wajib bagi syarikat penerbangan,” katanya.

Loke berkata syarikat penerbangan belum mengenakan levi kerana akan ada pindaan tertentu yang dibuat di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

“Kos yang minimum mungkin dikenakan. Pertamanya kerana objektif kami adalah untuk tidak membebankan pengguna, tetapi kita mempunyai kewajipan bahawa setiap negara harus mematuhi pengurangan karbon ini,” katanya.

Loke berkata mengenakan terlalu banyak levi akan ‘membunuh’ industri dan tidak menggalakkan dari segi ekonomi dan orang ramai daripada menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan.

“Oleh itu kami perlu mengambil pendekatan yang seimbang antara kewajipan dan pengguna serta beban yang perlu ditanggung syarikat penerbangan untuk mengurangkan pelepasan karbon. Walaupun ada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, ia mestilah sangat minimum,” katanya.

Loke berkata walaupun kementerian membenarkan syarikat penerbangan menggunakan pendekatan berbeza untuk menampung pelepasan karbon selain levi karbon, beliau menekankan langkah lain perlu diambil seperti mengoptimumkan kecekapan operasi syarikat penerbangan dan pengurusan trafik udara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan