Search
Close this search box.
Delegasi Bernama diketuai Nur-ul Afida Kamaludin bergambar bersama Sardon Zainal ketika kunjungan ke pejabat TVS di Kuching, hari ini. Foto Aziz Solleh (TVS)

HAWANA iktiraf jasa dan sumbangan wartawan Sarawak

ByAhmad Azlan Shah

KUCHING, 23 Feb: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 akan mengiktiraf jasa dan sumbangan wartawan dari Sarawak menerusi penganugerahan gelaran tokoh kepada wartawan Sarawak.

Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin berkata sekretariat HAWANA 2024 ada menerima beberapa pencalonan dan keputusan akan dinilai berpandukan beberapa kriteria merangkumi sumbangan individu tersebut dalam bidang kewartawanan.

“Kriteria utama untuk dipertimbangkan termasuk magnitud sumbangan mereka kepada kewartawanan dalam negeri dan penglibatan meluas mereka sebagai wartawan.

“Kedua-dua kategori utama ini akan menjadi asas untuk perbincangan oleh jawatankuasa khusus yang ditugaskan untuk membuat pemilihan akhir,” katanya ketika ditemui semasa mengadakan lawatan ke pejabat TVS di sini, hari ini.

Lawatan itu dihadiri, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Pegawai Media TVS Mohamad Sardon Zainal dan Ketua Biro Bernama Sarawak Hamdan Ismail.

HAWANA akan diadakan pada 25 hingga 27 Mei depan dengan anggaran kira-kira 500 wartawan seluruh negara dan dari luar negara berhimpun di sini.

Dalam pada itu, Nur-ul Afida berkata kerjasama erat peringkat Persekutuan dan agensi negeri diperlukan bagi menjayakan HAWANA 2024.

Jelasnya, Bernama selaku sekretariat HAWANA 2024, sedang memperhalusi pengisian program bersama pihak negeri sempena sambutan berkenaan.

“Sebagai contoh, dalam perbincangan pihak kami dengan stesen televisyen milik kerajaan Sarawak TV Sarawak (TVS), mereka bersetuju untuk membantu dari segi publisiti berkaitan HAWANA 2024,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan