Search
Close this search box.
Bimbang ditangkap setelah dikatakan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram, seorang pesara swasta di Miri lesap RM900,000 akibat penipuan menerusi panggilan telefon. Foto hiasan Envato

Bimbang ditangkap, pesara wanita ‘serah’ RM900,000

KUCHING, 23 Feb: Bimbang ditangkap setelah dikatakan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram, seorang pesara swasta di Miri lesap RM900,000 akibat penipuan menerusi panggilan telefon.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata wanita berumur dalam awal 70 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

“Mangsa dimaklumkan telah menyertai satu kumpulan pengubahan wang haram.

“Bagi mengelak mangsa ditangkap dan untuk membersihkan nama, mangsa diarahkan membuat pembayaran bagi tujuan siasatan dan wang tersebut akan dikembalikan semula,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pada pertengahan Januari 2024 hingga Februari 2024 mangsa memindahkan wang sebanyak 117 transaksi ke 21 akaun bank berbeza.

Setelah mangsa membuat kesemua bayaran tersebut, mangsa menyedari yang dirinya ditipu setelah membuat semakan selanjutnya di balai polis berhampiran dan dimaklumkan bahawa panggilan tersebut bukan daripada polis.

Mancha berkata laporan polis telah dibuat pada 22 Februari.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak melayani panggilan telefon yang tidak dikenali dan tidak mudah panik atau cemas serta takut dengan dakwaan yang dibuat ke atas diri anda jika anda tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan