Search
Close this search box.
Sulaiman Abdul Rahman dan Mahmud Abu Bekir kelihatan sugul pada majlis pengembumian Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, di tanah perkuburan berhampiran Masjid Demak, Jalan Bako, hari ini. Foto, Awang Azmil (TVS).

Tun Abdul Taib selamat disemadikan dengan Istiadat Pengebumian Negeri

ByFebbright James

KUCHING, 22 Feb: Jenazah mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud selamat disemadikan di tanah perkuburan keluarga berhampiran Masjid Demak, Jalan Bako, di sini hari ini.

Keranda jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib yang ditutupi dengan bendera Sarawak, Ibu Pertiwi tiba di tanah perkuburan itu pada 1.40 petang dalam suasana hujan renyai.

Sultan Brunei berkenan sertai solat jenazah Tun Abdul Taib

Terdahulu, jenazah dibawa dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan tiba di masjid kira – kira 12 tengah hari tadi.

Istiadat Pengebumian Negeri itu menyaksikan sebanyak 87 das tembakan meriam turut dilepaskan sebagai tanda penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdul Taib.

Tun Abdul Taib yang meninggal dunia pada usia 87 tahun pagi semalam disemadikan bersebelahan pusara isteri pertamanya, Datuk Patinggi Puan Sri Laila Taib.

Majlis pengembumian Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berlangsung dalam suasana hujan renyai di tanah perkuburan berhampiran Masjid Demak, Jalan Bako, di sini hari ini. Foto, Awang Azmil (TVS).

Kedua-dua anak lelaki Allahyarham Tun Abdul Taib, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib dan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib turut menurunkan keranda jenazah ke liang lahad.

Bacaan talkin dilakukan oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Sesudah itu, Sultan Brunei, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah diberi penghormatan memulakan siraman air mawar dan menabur bunga ke pusara Allahyarham Tun Abdul Taib, diikuti Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tengku Jaafar dan Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.

Turut berbuat demikian isteri Allahyarham Tun Abdul Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Tun Abdul Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi semalam.

Kerajaan Sarawak mengisytiharkan wilayah ini berkabung selama dua hari  bermula semalam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan