Search
Close this search box.
(Dari kiri) Pengerusi Sarawak Petchem (SP), Tan Sri Datuk Amar (Dr) Haji Abdul Aziz bin Dato Haji Husain; Ketua Kewangan dan Komersial SP, Abdul Razak Ali; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni; Setiausaha Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif SP, Dato Mohammad Ibrahim; Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg; Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh; Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail; President & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik; Ketua Perancangan Strategik dan Usaha Niaga, Ir. Yaacob Salim; dan Pengerusi PCG, Datuk Ir. Abdul Rahim Hashim pada majlis menandatangani MoU di Kuala Lumpur, semalam.Foto, Bernama.

PCG, Sarawak Petchem teroka potensi bina loji ammonia dan urea berkarbon rendah

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Sarawak Petchem Sdn. Bhd. (Sarawak Petchem) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan bersama bagi membina loji ammonia dan urea berkarbon rendah di Bintulu, Sarawak.

Menerusi MoU itu, kajian komprehensif oleh kedua – kedua syarikat itu akan membabitkan aspek teknikal dan komersial untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian tenaga lestari.

Sarawak Petchem, PCG kerjasama bina loji ammonia, urea | TVS

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha berkenaan bagi mengkaji potensi pembangunan loji berskala dunia itu amatlah dialu-alukan.

“Loji itu mempunyai keupayaan pada masa akan datang untuk menghasilkan ammonia dengan jejak karbon yang rendah, ia sememangnya satu inisiatif strategik dalam memanfaatkan peluang pasaran peralihan tenaga global,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadiri menyaksikan Majlis Menandatangani MoU Antara Sarawak Petchem dan Petronas Chemical Group (PCG) Berhad dalam Projek Ammonia di ibu negara semalam.

Sarawak Petchem diwakili oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato Mohammad Ibrahim bersama Ketua Kewangan dan Komersialnya, Abdul Razak Ali.

PCG pula diwakili oleh Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif, Mazuin Ismail dan Ketua Perancangan Strategik dan Usaha Niaga, Ir. Yaacob Salim.

Turut hadir, Pengerusi Sarawak Petchem, Tan Sri Dr Abdul Aziz Husain, Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh serta Presiden PETRONAS dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.

Sementara itu Abang Johari berkata, Kerajaan Sarawak berharap agar projek itu akan dapat disempurnakan sebelum 2030 selain bersedia untuk berkerjasama dengan PETRONAS bagi meneroka sumber selain minyak dan gas.

Kata beliau, langkah itu bagi memastikan kedua-dua pihak tidak hanya bergantung kepada bahan api dan petroleum semata-mata.

“Saya telah bercakap dengan Presiden dan Pengerusi PETRONAS untuk pencarian sumber tenaga lain.

“Salah satunya adalah SAF (bahan api penerbangan mampan) kita teroka sumber alga untuk menghasilkan minyak semula jadi.

“Di Singapura kini mereka bercakap mengenai SAF. Jika kita boleh kerjasama untuk SAF, Sarawak ada potensi untuk hasilkan alga,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan