Search
Close this search box.
Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Foto TVS

Legasi kestabilan politik, keharmonian kaum Tun Taib dikecapi sehingga kini

ByMuqri Aziz

KUCHING, 21 Feb: Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud disifatkan sebagai seorang pemimpin yang berjaya mengekalkan kestabilan politik di Sarawak dan ia dikecapi sehingga kini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menerusi catatannya di Facebook berkata Sarawak kehilangan seorang anak Sarawak yang disegani.

“Selama 33 tahun menjadi Ketua Menteri, Tun Taib menghasilkan bukan sahaja kestabilan politik tetapi keharmonian sosial dan agama di Sarawak,” katanya sambil menambah, politik pembangunan amat sinonim dengan Allahyarham.

Beliau turut berkongsi bapanya, Tan Sri Datuk Amar Sim Kheng Hong, yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak dari 1974 hingga 1991, adakah rakan politik kepada Tun Taib dan berjasa terutamanya dalam sektor kesihatan negeri.

“Tun Taib merupakan pemula utama yang bertanggungjawab dalam pemindahan Pusat Perkhidmatan Jantung dari Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching ke Kota Samarahan serta dikendalikan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Selepas pemergian Allahyarhamah Toh Puan Laila Taib pada 2009. Tun Taib Mahmud mengambil alih jawatan Pengerusi Yayasan Jantung Sarawak dan sentiasa memberi tumpuan terhadap cara membantu perkhidmatan jantung di Pusat Jantung Sarawak dan pesakit.

“Saya banyak belajar dari perancangan strategi Tun Taib semasa mesyuarat lembaga selama bertahun-tahun,” kongsinya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan