Search
Close this search box.
Keseronokan dua beradik mandi di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir bertukar tragedi apabila kanak-kanak lelaki berumur empat tahun maut dihempap sebatang pokok. Foto hiasan Envato

Kanak-kanak lelaki empat tahun maut dihempap pokok di pusat rekreasi

ByBernama

JEMPOL, 21 Feb: Keseronokan dua beradik mandi di sebuah pusat rekreasi di Batu Kikir bertukar tragedi apabila kanak-kanak lelaki berumur empat tahun maut dihempap sebatang pokok pada kejadian kira-kira 1.17 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, kanak-kanak lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan dada manakala kakak mangsa berusia sembilan tahun masih dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati bapa kanak-kanak itu memaklumkan dia telah membawa dua anaknya mandi di kawasan tersebut kira-kira 1 tengah hari tadi.

“Ketika itu anaknya sedang mandi di kolam kanak-kanak kemudian bergerak ke arah bapanya yang berada di kawasan jeram.

“Semasa sedang berjalan ke arah bapanya, tiba-tiba sebatang pokok tumbang dan menghempap mangsa. Kedua-dua mangsa dihempap tetapi pada jarak berbeza,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan