Search
Close this search box.
Pasaran EV di Asean dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sekitar 33 peratus. Foto hiasan Envato

Pembuat kereta EV disaran pertimbang jadikan Malaysia sebagai hab di Asean

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyeru pembuat kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kilang pembuatan di Malaysia mempertimbangkan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab untuk membekalkan dan menawarkan perkhidmatan ke pasaran EV yang berkembang pesat di Asean.

Beliau berkata demikian berikutan pasaran EV di Asean dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sekitar 33 peratus daripada kira-kira US$500 juta pada 2021 kepada US$2.7 bilion (RM11.77 bilion) menjelang 2027.

“Malaysia mempunyai banyak faktor positif yang menjadikan landskap pelaburan kita sesuai bagi menyokong hasrat hab serantau syarikat multinasional,” katanya dalam ucap tama pada majlis memperkenalkan inisiatif Beyond Zero UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) di sini hari ini.

Menurutnya, Malaysia menawarkan lokasi yang strategik, infrastruktur yang baik dan kedaulatan undang-undang.

“Kita juga mempunyai industri elektrik dan elektronik (E&E) mantap yang telah memberi sokongan kepada industri lain termasuk aeroangkasa, tenaga boleh baharu dan EV,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan