Search
Close this search box.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berucap pada Program Kesuma Madani Sambutan Tahun Baharu Cina di sebuah hotel di Kuching, hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Minggu Latihan Kebangsaan sasar 10,000 peserta Sarawak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 20 Jan: Kementerian Sumber Manusia menyasarkan seramai 10,000 peserta dari Sarawak mengambil bahagian dalam Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) yang akan berlangsung pada tahun kedua, dari 24 hingga 30 Jun ini.

Menterinya, Steven Sim berkata, sebanyak 21,000 kursus disediakan bernilai RM200 juta yang dibiayai sendiri oleh pihak industri, membabitkan lebih 500,000 jam latihan.

“Di Sarawak, kita berusaha untuk mencapai matlamat ini. Pada tahun lepas, 2,500 orang telah dilatih secara percuma.

“Tahun ini, kita berhasrat untuk melatih 10,000 warga Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus.

“Jadi, kita akan berusaha sepenuhnya untuk memastikan bahawa tenaga kerja kita, tanpa mengira di Sarawak atau di tempat lain, bersedia untuk meningkatkan produktiviti dan merancakkan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan Program Kesuma Madani Sambutan Tahun Baharu Cina di sebuah hotel di sini, hari ini.

Tambahnya, usaha itu seiring dengan hasrat kerajaan pusat dan negeri, terutamanya melalui Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Pada penganjuran kali pertama tahun lalu, NTW berjaya menarik penyertaan seramai 129,000 membabitkan 21,000 kursus latihan percuma dan mencatatkan lebih daripada 503,000 jam latihan.

Latihan ditawarkan oleh rakyat Malaysia adalah secara percuma di pelbagai lokasi serta melalui pelbagai mod dan platform pembelajaran.

Pada masa sama, Steven berkata, Malaysia berhasrat menjadi pusat penganjuran latihan bertaraf dunia melalui ekosistem sedia ada.

Katanya, melalui NTW kali ini, tumpuan yang lebih besar adalah kepada program latihan percuma dalam lima teras iaitu kemahiran hidup, kemahiran masa depan, kreativiti dan inovasi, kewangan, dan pembangunan mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan