Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan tetap mempertahan kedudukan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan. Foto fail Bernama

Kerajaan tetap pertahan kedudukan Perlembagaan Persekutuan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Feb: Kerajaan akan tetap mempertahan kedudukan dan prinsip Perlembagaan Persekutuan, termasuk kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perkara 153.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu telah pun menjadi pegangan kerajaan selama ini.

“Kita tetap pertahankan kedudukan Perlembagaan termasuk (Perkara) 153,” katanya ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) ke-15 hari ini.

Perkara 153 ialah peruntukan mengenai jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak-anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, juga kepentingan sah kaum lain berwarganegara Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang menggesa agar Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 akan datang menilai semula adakah keistimewaan Bumiputera di bawah Perkara 153 benar-benar memberi manfaat kepada golongan itu.

Hassan mempersoalkan dasar afirmatif berkenaan yang didakwanya telah dirampas dan dimanipulasi oleh segolongan elit bumiputera.

KEB 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Feb hingga 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bertujuan mencadangkan hala tuju serta pendekatan baharu agenda pemerkasaan Bumiputera yang lebih adil, saksama dan inklusif. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan