Search
Close this search box.
Kesemua kru dan aset ditahan untuk tindakan lanjut. Foto APMM Tanjung Manis

Gagal kemuka lesen perkapalan domestik, 6 kru bot tunda ditahan

TANJUNG MANIS, 20 Feb: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan enam kru bot tunda berikutan gagal mengemukakan sijil lesen perkapalan domestik dalam satu pemeriksaan pada Ahad lalu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang nakhoda dan tiga kru warga tempatan serta dua warga India.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, ketika diperiksa kesemua lelaki itu juga didapati gagal memaklumkan pertukaran nakhoda.

“Pemeriksaan ke atas bot tunda dan tongkang itu mendapati, terdapat seorang nakhoda dan tiga kru warga tempatan serta dua kru warga India berumur dalam lingkungan 22 hingga 61 tahun berada di atas aset berkenaan.

“Kesemua aset beserta kru itu ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 sebelum dibawa ke Jeti Terminal Tanjung Manis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Gilbert, kejayaan tangkapan itu adalah hasil komitmen berterusan pihak Zon Maritim Tanjung Manis dalam memastikan penguatkuasaan undang-undang di perairan negara berada di tahap tertinggi sekali gus meningkatkan keyakinan keselamatan dalam kalangan komuniti maritim.

“Sehubungan itu, kita menyarankan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut dan mengalu-alukan penyaluran maklumat.

“Aduan dan insiden kecemasan di laut ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35728765 untuk maklum balas segera,” katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan