Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Imigresen Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim memeriksa dokumen pekerja warga asing pada Ops Mahir di sebuah kilang menjahit pakaian di Alma, Bukit Mertajam hari ini. Foto TVS

Tinggal lebih masa, 12 pekerja kilang pakaian dicekup Imigresen

BUKIT MERTAJAM, 19 Feb: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 12 pekerja warga asing pada pemeriksaan ke atas sebuah kilang menjahit pakaian di Alma di sini, hari ini.

Ops Mahir selama dua jam bermula kira-kira 10.30 pagi itu membabitkan pemeriksaan ke atas 130 pekerja iaitu 61 lelaki dan 69 wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Pengarah JIM Pulau Pinang, Nur Zulfa Ibrahim berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas 78 warga Myanmar, Bangladesh (27), Nepal (18), Indonesia (enam) dan seorang warga China.

“12 daripadanya iaitu lima lelaki dan tujuh wanita ditahan atas kesalahan tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

“Justeru kita harap majikan memastikan semua pekerja mempunyai pas yang sah bagi mengelak dikenakan tindakan seperti ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Kata beliau, mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke Pejabat Imigresen Seberang Jaya di sini bagi proses dokumentasi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan