Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian bercakap dalam sidang media selepas hadir Majlis Perasmian Amalan Patologi Ginekologi dan Sitopatologi 2024, di sini, hari ini. Foto, TVS.

Sokong cadangan sediakan kawasan khas merokok di premis makanan sempit – Dr. Sim

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 19 Feb: Sarawak menyokong cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyediakan kawasan khas merokok bagi premis makanan di kawasan sempit.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, perkara itu bukanlah baharu kerana sudah dipraktikkan sejak larangan merokok di semua premis makanan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2019.

KKM pertimbang sedia kawasan khas merokok bagi premis makanan di kawasan sempit

Kata beliau, undang-undang itu juga telah wujud sebelum COVID-19 kerana terdapat kedai kopi yang menyediakan sudut untuk perokok.

“Namun begitu, selepas COVID-19 melanda negara, orang ramai (seolah-olah) lupa dan kembali kepada tabiat asal.

“Kini, kita cuma mahu kembali melaksanakan apa yang sudah dikuatkuasakan sebelum ini,” katanya dalam sidang media selepas hadir Majlis Perasmian Amalan Patologi Ginekologi dan Sitopatologi 2024, di sini, hari ini.

Pada Sabtu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya wsedang mempertimbangkan cadangan itu susulan premis di kawasan sempit agak sukar bagi mematuhi jarak tiga meter untuk merokok yang dikuatkuasakan ketika ini.

Dr Dzulkefly menegaskan, langkah itu bukanlah satu langkah mengundur ke belakang sebaliknya bagi memastikan larangan merokok pada jarak tiga meter dari premis makanan terus dipatuhi.

Mengulas lanjut, Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak mengakui sektor kesihatan negara berdepan cabaran dalam menguatkuasakan langkah itu meskipun ia sudah lama diperkenalkan.

“Kita dan Kerajaan Persekutuan sebelum ini bersama melaksanakan ia, tiada yang baru, hanya kembali untuk menguatkuasakannya semula. Pada asasnya ia menunjukkan penguatkuasaannya sentiasa berdepan kesukaran,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan