Search
Close this search box.
Sarawak is on track to achieve the national target of 70 percent coverage for Human Papillomavirus (HPV) screening among women aged 30 to 65 by 2030. Photo Envato

Sarawak sasar 714,800 wanita jalani ujian HPV menjelang 2030 – Dr. Sim

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 19 Feb: Sarawak berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran nasional liputan saringan virus papilloma manusia (HPV) iaitu 70 peratus bagi golongan wanita berusia 30 hingga 65 tahun menjelang tahun 2030.

Timbalan Pemier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, sasaran 70 peratus itu meliputi seramai 714,800 wanita dalam linkungan umur itu daripada 212,400 populasi kesuluruhan wanita di negeri ini.

“Kita sasarkan ia dapat dicapai pada 2030, tetapi saya ingin tegaskan di sini, kita boleh melakukan ia, tetapi mereka (wanita) perlu tampil ke hadapan kerana kita tidak mampu untuk pergi ke setiap rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Amalan Patologi Ginekologi dan Sitopatologi 2024, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak itu berkata, negeri ini juga sedang dalam fasa peralihan menawarkan ujian DNA HPV daripada kaedah pap konvensional (pap smear) dan kaedah calitan berasaskan cecair.

“Kita cuba mencapai sekurang-kurangnya 70 peratus saringan dengan ujian prestasi tinggi. Pada masa ini penggunaan smear sitologi berasaskan konvensional atau cecair adalah kira-kira 70 peratus,” ujarnya.

Bagaimanapun, Dr. Sim berkata, negeri ini berhadapan dengan beberapa cabaran dalam membuat perubahan, antaranya kekurangan kepakaran.

“Kita (Sarawak) hanya mempunyai kira-kira 850 juruteknik makmal perubatan dengan kira-kira 20 daripadanya sahaja adalah penyaring sito yang berkelayakan. Selain itu, kita juga memerlukan ahli patologi, “ katanya.

Yang turut hadir ialah Ahli Patologi Negeri, Dr Adam Malik Ismail dan Presiden Akademi Patologi Antarabangsa di Singapura, Dr Yeo Yen Ching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan