Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata RUU mengenai Lembaga Pelabuhan Berpusat akan dibentangkan pada Dewan Undangan Negeri Mei ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

RUU penubuhan Lembaga Pelabuhan Berpusat dibentang di DUN Mei ini

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 19 Feb: Rang undang-undang (RUU) untuk menubuhkan Lembaga Pelabuhan Berpusat bakal dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Mei ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia akan dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan perkara itu.

“Ini bermakna dengan adanya penubuhan lembaga itu, kita akan mengambil alih Pelabuhan Bintulu, yang mana ia menjadi sebahagian daripada pelabuhan-pelabuhan yang ada di Sarawak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Jabatan Premier Sarawak 2024 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, kerajaan negeri juga telah mengadakan perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan mengenai penubuhan lembaga tersebut.

Beliau menjelaskan, undang-undang itu perlu ditubuh bagi membolehkan penubuhan Lembaga Pelabuhan Berpusat yang seterusnya akan membolehkan kerajaan negeri menyelia semua pelabuhan di Sarawak termasuk Pelabuhan Bintulu.

“Ya perkara itu (penyerahan Pelabuhan Bintulu) pada Jun akan datang. Kita mesti tubuhkan undang-undang untuk menubuhkan Lembaga Pelabuhan Berpusat kerana ia memberi kuasa kepada kita menyelia semua pelabuhan di Sarawak,”

Buat masa ini, Sarawak memiliki lima entiti yang mengawal setiap pelabuhan di kawasan masing-masing iaitu Lembaga Pelabuhan Kuching, Lembaga Pelabuhan Rajang, Lembaga Pelabuhan Miri, Lembaga Pelabuhan Tanjung Manis and Lembaga Pelabuhan Samalaju.

Dalam ucapan penggulungan di persidangan DUN pada November 2023, Uggah berkata pihaknya masih memperhalusi draf bagi rang undang-undang itu untuk memastikan proses penyeragaman kelima-lima pelabuhan berjalan lancar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan