Search
Close this search box.
Datuk Mutang Tagal mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 yang baharu, hari ini. Foto Tangkap layar Parlimen Malaysia. Foto: Fadillah Yusof (FB)

Mutang Tagal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 19 Feb: Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas, Datuk Mutang Tagal dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 yang baharu, hari ini.

Mutang, 69, mengangkat sumpah jawatan itu pada 2.17 petang tadi di Dewan Negara.

Beliau dicalonkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan merupakan calon tunggal untuk jawatan itu.

Jawatan itu kosong selepas Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berundur dan seterusnya dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kelapan.

Mutang sebelum ini beliau berkhidmat sebagai ahli parlimen selama dua penggal bermula pada 1982 hingga 1990.

Kerusi itu kemudian melalui proses persempadanan semula dan dipecahkan kepada Parlimen Limbang dan Lawas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan