Search
Close this search box.
Seorang sukarelawan mengagihkan sup lentil merah kepada penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. Foto fail AFP

Makanan di Gaza tak mencukupi – Agensi PBB

ByBernama

ISTANBUL, 19 Feb: Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Ahad memberi amaran bahawa peningkatan aktiviti ketenteraan Israel di Rafah boleh menjejaskan penghantaran bantuan ke Gaza sekali gus memburukkan lagi penderitaan penduduk Palestin.

Menerusi kenyataan di X, UNRWA berkata terdapat kekurangan makanan di Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Sidang kemuncak Afrika gesa siasatan bebas terhadap pencabulan Israel di Gaza

“Di kem (pelarian) Nuseirat di tengah Gaza, UNRWA dan World Central Kitchen menyediakan makanan panas kepada 1,700 penduduk yang kehilangan tempat tinggal di dalam dan sekitar pusat perlindungan ini,” kata agensi itu.

Israel telah mengumumkan hasratnya untuk menyerang Rafah di selatan Gaza yang padat dengan penduduk selepas mengusir orang awam dari utara wilayah terkepung itu ke selatan dengan mendakwa ia sebagai ‘kawasan selamat’.

Hari ke-135 genosid di Gaza, puluhan lagi terbunuh akibat serangan Israel

Serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas mengakibatkan hampir 29,000 penduduk Palestin terbunuh selain menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barangan keperluan.

Israel dituduh melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Keputusan sementara pada Januari mengarahkan Tel Aviv antara lain menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan menjamin bahawa bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan