Search
Close this search box.
Keadaan motosikal mangsa yang terbabit kemalangan berhampiran simpang Jakar, semalam. Foto IPD Sarikei

Lelaki maut motosikal dirempuh kereta

SARIKEI, 19 Feb: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh kereta di Jalan Pan Borneo berhampiran simpang Jakar di sini, malam tadi.

Insiden kira-kira jam 8 malam itu mengakibatkan mangsa berusia 50 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sarikei, Deputi Superintendan Polis (DSP) Benedict Faris Jimoy berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kereta terbabit dalam perjalanan dari Saratok menghala Sibu.

“Bagaimanapun setibanya di tempat kejadian iaitu Kilometer (KM) 435 Jalan Betong- Sarikei – Meradong, kereta yang bergerak lurus itu melanggar sebuah motosikal yang keluar dari simpang sebelah kanan jalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Akibat kejadian itu katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan parah di bahagian kepala dan dada manakala, pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.- TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan