Search
Close this search box.
Antara operasi yang dilaksanakan oleh KPDN Bintulu pada tahun lepas. Foto KPDN BINTULU

KPDN Bintulu periksa 6,894 premis, nilai sitaan lebih RM1.3 juta tahun lepas

BINTULU, 19 Feb: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Bintulu mengesan 86 kesalahan dengan nilai sitaan RM1,310,038.00 pada 2023.

Ketua Cawangannya, Al Redzamani Abdul Razak berkata, dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember tahun lepas, 6,894 premis diperiksa menerusi pelbagai operasi.

“Beberapa kompaun dikeluarkan yang membabitkan pelbagai kesalahan, antaranya harga mahal, tiada tanda harga, penimbang tidak tepat, pelanggaran peraturan halal, barang tiruan dan penyelewengan barangan bersubsidi khususnya bahan api diesel.

“Semua premis ini diperiksa dari segi pematuhan undang-undang di bawah KPDN,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat Februari ini, 1,200 premis telah diperiksa dan sembilan kes dihasilkan melibatkan nilai sitaan RM63,016.50 atas pelbagai kesalahan.

Dalam pada itu, beliau berkata Op Tiris yang dilancarkan sejak 1 Mac tahun lepas bertujuan membanteras ketirisan subsidi diesel di Bahagian Bintulu.

“Pelaksanaan operasi itu penting bagi memastikan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan